Maklumat Korporat

Bahagian Pengurusan Fasiliti merupakan salah satu bahagian utama yang bertanggungjawab untuk menyelenggara keseluruhan bangunan dan kawasan sekitar kampus. Terdapat  4 unit di Bahagian Pengurusan Fasiliti iaitu Unit Awam, Unit Majlis (UAKM), Unit Mekanikal dan Unit Elektrikal dan Telekomunikasi (UMET). 

Pada tahun 1985, Institut Teknologi MARA (ITM) Kelantan ditubuhkan di tapak sementara di bangunan Pengakap Kem Kijang di Pantai Cahaya Bulan di bawah pengurusan En. Said Abu sebagai Pengetua pertamanya. Unit Selenggaraan ditadbir oleh Penolong Pendaftar dan diketuai oleh En. Mahyuddin sebagai juruteknik dengan bilangan staf seramai 17 orang.

Pada tahun 1993, pembinaan kampus tetap telah dilaksanakan dengan Fasa 1 yang melibatkan bangunan Blok Pentadbiran, Blok Kuliah A, Blok Asrama Kolej Tun Abdul Rahman dan Tun Razak, Blok Unit Perubatan dan Dewan Profesional dan siap sepenuhnya pada tahun 1995. Projek seterusnya melibatkan pembinaan Fasa 2 pada tahun 1998 merangkumi bangunan Kuliah B, Pusat Islam, Rumah Staf, Rumah Universiti dan Padang-padang permainan.

Pada tahun 1999, projek pembangunan Fasa 3 melibatkan pembinaan bangunan FSSR dan pada tahun 1999 juga projek Fasa 4 iaitu bangunan Perpustakaan mula dibina. Projek pembangunan seterusnya ialah projek Fasa 5 iaitu pembinaan bangunan asrama Kolej Dato’Onn dan Tun Hussein Onn.


Visi


Menjadi sebuah organisasi pengurusan fasiliti bumiputra profesional sejajar dengan visi UiTM. 


Misi


Mempertingkatkan pengurusan fasiliti serta mengoptimumkan penggunaan aset secara profesional melalui kaedah dan teknologi terbaik untuk menyediakan prasarana pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif serta dinamik kepada UiTM.


Dasar Kualiti


Bahagian Pengurusan Fasiliti beriltizam untuk memberi perkhidmatan yang cekap, cepat, berkualiti dan cemerlang dengan mengutamakan kehendak pelanggan. Kami menjanjikan keluaran dan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.


Objektif


  • Memastikan kerja-kerja pembaikan kecil dilaksanakan dalam tempoh masa 7 hari bekerja.
  • Memastikan kerja-kerja pembaikan sederhana dilaksanakan dalam tempoh masa 14 hari.
  • Memastikan projek pembangunan dilaksanakan 60% siap mengikut masa.
  • Memastikan 80% pelanggan berpuas hati dengan tahap kebersihan kampus.