Maklumat Korporat

Latar belakang penubuhan Pejabat Polis Bantuan UiTM Kota Bharu pada awal penubuhan dikenali sebagai Unit Keselamatan dan diselia oleh Bahagian Pentadbiran.

Unit Keselamatan mendapat pengiktirafan  menjadi Pejabat Polis Bantuan UiTM Kota Bharu yang mana telah berkuatkuasa pada Julai 2011 selaras dengan Ibu Pejabat Polis Bantuan Shah Alam dan cawangan lain. Pejabat Polis Bantuan UiTM Kota Bharu kini diletakkan di bawah seliaan Penolong Rektor UiTM Kampus Kota Bharu.

Anggota yang telah menghadiri Kursus Asas Polis Bantuan terlibat melakukan rondaan bersama-sama pihak PDRM di sekitar Kota Bharu.

Moto pasukan Polis Bantuan UiTM Kota Bharu adalah Tegas, Adil dan Berhemah.


Visi


Pejabat Polis Bantuan sebagai pusat pengurusan keselamatan universiti yang cemerlang berteraskan penggunaan teknologi bagi menyokong dan mendorong kearah pencapaian visi universiti.


Misi


Memberi perkhidmatan yang profesional, berintegriti dan berakauntabiliti bagi mewujudkan suasana kampus yang selamat dan sejahtera demi menjaga imej universiti.


Objektif Kualiti


  1.  Memastikan anggota Polis Bantuan yang siapsiaga dan kompeten;
  2. Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan;
  3. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga unversiti secara berhemah dan proaktif; dan
  4. Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan berteraskan penggunaan teknologi.