Maklumat Korporat

Visi


Membantu membina kecemerlangan semua warga UiTM Kelantan melalui perkongsian sumber.


Misi


Berusaha mengurus sumber kewangan secara amanah, saksama dan beretika.


Dasar Kualiti


Melaksanakan sistem Pengurusan Kewangan secara profesional, cekap dan berkesan serta bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional. Kualiti Untuk Semua, Akauntabiliti Bersama sebagai teras perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan.


Objektif Kualiti


Menyediakan perkhidmatan kewangan secara telus, tepat dan bertanggungjawab selaras denga Dasar Kualiti Pejabat Bendahari dan Objektif Kualiti UiTM Kelantan.

  • Memastikan semua permohonan bekalan, perkhidmatan dan kerja diuruskan mengikut prosedur yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Bendahari yang masih berkuatkuasa.
  • Memastikan 90% tuntutan pembekal staf dan pelajar dapat dijelaskan dalam tempoh 20 hari (bekerja) dan tarikh dokumen lengkap diterima oleh Bahagian Kewangan.
  • Memastikan Penyata Kewangan dapat disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Audit Negara pada atau sebelum 30 April setiap tahun.