Maklumat Korporat

Pengenalan

Unit Kesihatan Universiti MARA cawangan Kelantan,Kampus Kota Bharu telah mula beroperasi semenjak 3 Ogos 2010 secara berkala iaitu pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu sehingga 27 Febuari 2011. Klinik sementara ini beroperasi di bilik korporat Wisma KUB. Dengan bertambahnya bilangan pelajar di dalam Kampus, Tuan Rektor Professor Madya Dr. Haji Mohd Shukri Haji Omar telah bersetuju untuk membuka klinik yang beroperasi setiap hari diatas permintaan pelajar di Bilik Korporat Wisma KUB bermula pada 20 Mac 2011.

Klinik ini beroperasi di bilik sementara dan dijangka akan berpindah ke klinik baru berdekatan dengan Wisma KUB yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti klinik kesihatan yang lain pada ogos 2012.

Fungsi utama Unit Kesihatan ialah untuk menawarkan rawatan perubatan dan kesihatan asas kepada warga UiTM Kota Bharu.

Klinik ini mempunyai staf seramai 4 orang iaitu seorang Penolong Pegawai Perubatan U29, 2 orang Jururawat Terlatih U29 dan seorang Jururawat Masyarakat U19 yang cekap dan terlatih. Unit ini diletakkan di bawah Pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Maklumat Korporat

Visi

Mewujudkan satu masyarakat Universiti Teknologi MARA yang sihat dari segi mental, fizikal dan sosial agar visi & misi Universiti Teknologi MARA dapat dicapai.

Misi

Melahirkan masyarakat Universiti yang sihat secara menyeluruh melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti serta menggalakkan gaya hidup sihat.

Objektif

  • Meningkatkan mutu dan taraf kesihatan masyarakat Universiti Teknologi MARA.
  • Memperkembangkan fungsi perubatan , kesihatan , farmaceutikal dan pergigian sebagai Pusat Kesihatan yang serba lengkap.
  • Memperluaskan perkhidmatan pendidikan kesihatan untuk melahirkan masyarakat UiTM yang berilmu.