Maklumat Korporat

Pengenalan

Unit Sistem Maklumat (USMT) merupakan salah satu unit utama yang bertanggungjawab untuk menguruskan kemudahan dan prasarana ICT di kampus UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu.  Unit ini diletakkan di bawah bahagian Pentadbiran, namun mulai Mei 2009 ianya telah diletak dibawah Bahagian Hal Ehwal Akademik. USMT Kampus Kota Bharu mempunyai 2 seksyen iaitu seksyen ICT dan juga seksyen AV . Kemudahan ICT  yang disediakan termasuklah peralatan komputer, kemudahan rangkaian sama ada berwayar atau tanpa wayar serta makmal komputer bagi pengajaran dan pembelajaran. Manakala kemudahan seksyen AV terdiri dari persediaan alat pandang dengar dan kemudahan rakaman serta jurufoto untuk sebarang aktiviti disini.

Pada tahun 2012, Unit Sistem Maklumat (USMT) telah ditukarkan nama kepada Unit Teknologi Maklumat (InfoTech) selari dengan pengstrukturan baru Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) Shah Alam kepada Pejabat Teknologi Maklumat (InfoTech).

Pada tanggal 25 Julai 2011 bersamaan 23 Sya'aban 1432, penggunaan nama Pejabat Teknologi Maklumat atau ringkasnya InfoTech telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif UiTM bagi menggantikan Pusat Sistem Maklumat Bersepadu atau PSMB. Pada tarikh ini juga, struktur organisasi beserta logo baru InfoTech turut diluluskan.

 

Maklumat Korporat

Misi

Penerapan, Pengukuhan Penggunaan dan Pemantapan Teknologi ICT melalui pembangunan infrastruktur, pembelajaran, pengajaran dan penerapan nilai ICT dalam kakitangan akademik dan pentadbiran.

Visi

Berusaha untuk merealisasikan Penggunaan ICT dalam Pembelajaran, Pengajaran dan Pentadbiran dengan menerapkan Teknik dan Teknologi Yang terkini dalam pembangunan Infrastruktur ICT dan Sistem UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu.

Dasar Kualiti

Unit Teknologi Maklumat Komited dalam membantu, mempertingkatkan dan memastikan penggunaan teknologi ICT yang menyeluruh dalam seluruh sistem UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu bagi membantu melahirkan graduan yang cemerlang, budaya kerja yang progresif dan berkualiti.

Objektif

  • Merancang dan memastikan pembangunan infrastruktur ICT berjalan dengan lancar dan sistematik.
  • Memberi  perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang ICT kepada seluruh sistem UiTM terutama dalam penyelenggaraan, pembangunan sistem dan peralatan ICT.
  • Meningkatkan penggunaan teknologi ICT di kalangan kakitangan Akademik dan Pentadbiran.
  • Memastikan kemudahan ICT untuk pelajar sebagai pelanggan utama adalah terkini dan kondusif, dan boleh digunakan untuk pembelajaran.