Sejarah Penubuhan



Kampus Kota adalah cetusan idea Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Naib Canselor UiTM dan Pengarah Kampus bagi mempertingkatkan jumlah pelajar di UiTM, khususnya UiTM Kelantan. Ianya sejajar dengan hasrat kerajaan supaya UiTM dapat menampung 200,000 orang pelajar pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah bersetuju meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM10 juta untuk penubuhan Kampus Kota ini.


Penubuhan UiTM Kampus Kota telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Mustapa Mohamad pada 18 Oktober 2006 dan sesi pertama pengajiannya telah bermula pada Julai 2007. Penubuhan Kampus Kota mengambilkira beberapa kriteria antaranya ialah lokasinya berada di kawasan bandar Kota Bharu dan mestilah strategik bagi tujuan penonjolan imej.

Susulan dari pengumuman itu, sebuah Jawatankuasa Penubuhan Kampus Kota yang dipengerusikan oleh Pengarah Kampus telah dibentuk. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ketua-ketua bahagian serta unit di UiTM Kelantan.Wisma KUB yang mempunyai 4 tingkat dengan keluasan lantai keseluruhan 24,522.75 kaki persegi telah dipilih sebagai kampus sementara UiTM Kampus Kota atau nama rasminya Universiti Teknologi MARA Kelantan,Kampus Kota Bharu.

Pada tahun 2008, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif, Universiti Teknologi MARA Malaysia seterusnya meluluskan penyewaan 2 blok bangunan 3 tingkat dengan keluasan lantai keseluruhan 19,200 kaki persegi yang telah beroperasi pada Julai 2009.

PENYELARAS KAMPUS / PENOLONG REKTOR


 

 
Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Ismail
2020 hingga sekarang

 

 
Prof. Madya Dr. Hj. Mohamad Safri Ya B.S.K
2018 hingga 2020

 

Dr. Suryani Awang
2016 hingga 2018

 

Dr. Norazida Mohamed, 
C.A. (M)
2014 hingga 2016

 

En. Zulkharnain Yusoff
2012 hingga 2013

 

Contact image

En. Nik Rozhan Nik Ismail
2007 - 2012