Piagam Pelanggan

Pelajar


  • Menyediakan sistem pendidikan dan pengajaran yang berkualiti dan invatif bagi memenuhi keperluan pasaran guna tenaga tempatan dan global.
  • Menyediakan peluang ke arah pembangunan sahsiah dan perkembangan minda yang sihat agar mempunyai daya saing dan daya juang yang tinggi serta berusaha membentuk insan yang beriman, berilmu dan beramal dengan penerapan nilai ilmu dan agama yang diredhai dan diberkati.
  • Berjanji akan membentuk dan melahirkan para graduan yang cemerlang dan terbilang sebagai pemangkin, pembangunan negara dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik berlandaskan konsep "Mesra Pelajar" setiap masa di mana jua.
 
Staf

  • Menyediakan kemudahan dan kebajikan serta suasana kerja yang kondusif dan menjajikan peluang kerjaya yang terjamin dan ganjaran yang berpatutan.
  • Memberi peluang untuk perkembangan ilmu dan kerjaya profesioanal ke arah melahirkan sumber manusia yang amanah, cekap dan berkesan.
  • Memberikan layanan dan kerjasama dengan penuh keadilan dan tanggungjawab ke arah mewujudkan warga yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
 
Ibu bapa

  • Berjanji untuk mendidik, membina dan melahirkan graduan Bumiputera yang dinamis, profesional dan bertaraf dunia yang mempunyai daya saing dan daya juang yang tinggi dengan memberikan layanan ikhlas, mesra, cepat dan tepat sepanjang masa.
  • Berjanji menyediakan suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat yang menjadi sangga pertumbuhan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
 
Industri
  • Menyediakan sumber tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dan kepakaran profesional bertaraf dunia bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global.
  • Menawarkan para graduan yang mempunyai jati diri, akhlak mulia, berketrampilan, berdisiplin, beretika dan daya juang yang tinggi.
  • Berjanji akan memberi layanan yang ikhlas, mesra, cekap dan tepat setiap masa.

 

Masyarakat


  • Memberi sumbangan kepakaran, bimbingan dan peluang pendidikan dalam melahirkan masyarakat berpengetahuan.
  • Menjanjikan khidmat perunding dan kepakaran yang berkualiti.