School Attack: No Mercy to Bully

KOTA BHARU, 23 Disember - Program 'School Attack: No Mercy to Bully' telah berjaya dianjurkan pada 10 Disember 2025 bertempat di Dewan Seri Jelasin, Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu Kelantan. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang pelbagai jenis buli serta menerapkan dalam diri mereka bahawa buli salah satu jenayah yang perlu dihentikan. Murid-murid darjah 6 telah dipilih sebagai peserta kerana mereka akan menjejak kaki ke sekolah menengah. Dengan adanya program ini, kami berharap mereka dapat membanteras kes buli dan mengenai cara untuk atasinya.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Tuan Haji Hassanul Firman selaku Penasihat Kelab Evolusis UiTM Cawangan Kelantan. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Seri Kota atas kesudian menerima kunjungan dan meluangkan masa untuk program ini. Beliau turut menekankan kepentingan penghayatan nilai keimanan, integriti serta keikhlasan dalam menunaikan amanah kerja sebagai asas kepada keberkatan rezeki dan kesejahteraan hidup warga universiti.

Sesi bicara tokoh kemudiannya disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kota iaitu Puan Hajjah Ashida Abdullah. Beliau mengucapkan rasa gembira dan berbesar hati kerana menerima kunjungan dari UiTMCK dan sudi memilih sekolah mereka untuk melakukan program bersama murid darjah 6. Beliau juga berharap program ini dapat memberi impak yang baik untuk diteladani oleh murid-murid. Beliau turut berharap agar murid-murid menjauhi sifat membuli. Selepas memberi ucapan aluan, beliau merasmikan program tersebut.

Secara keseluruhan program 'School Attack: No Mercy to Bully' ini memperoleh penerimaan yang positif dalam kalangan pelajar. Mereka juga gembira melakukan aktiviti bersama para ahli jawatankuasa. Diharapkan program anti buli bersama murid-murid sekolah dapat diteruskan lagi supaya lebih ramai terdedah dengan akibat membuli.

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu
Lembah Sireh,
15050 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu

Website Inquiry:
korporatuitmkb@uitm.edu.my

Tel : +6 (09) 741 7700 / 7733
Faks : +6 (09) 741 7702