BACHOK, 16 November - Program Unity in Diversity merupakan program pembangunan pelajar dan khidmat komuniti yang dianjurkan oleh Persatuan Islamic Banking Association Club (IBAC) UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu dengan kerjasama NGO Geng Plastik Ija (GPI).
Program ini telah dilaksanakan pada 15 November 2025 bertempat di Tapang Beach Resort, Bachok, Kelantan dan melibatkan seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada penasihat kelab, majlis tertinggi, exco, sekretariat kelab dan ahli GPI.
Pelbagai aktiviti berkonsepkan kepimpinan, team bulding dan CSR telah dijalankan, antaranya senamrobik pagi, aktiviti plogging pantai, permainan berkumpulan dan sesi refleksi. Program ini bertujuan mengeratkan silaturrahim, memupuk semangat perpaduan dalam kepelbagaian serta meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab sosial dan pemeliharaan alam sekitar selaras dengan agenda Sustainable Development Goals (SDG).
Penyedia Laporan:
Dr. Nor Halida Haziaton Mohd Noor
Ketua Pusat Pengajian
Pengajian Pasca Siswazah
UiTM Cawangan Kelantan

