Smart Financial Planning Shape The Future

KOTA BHARU, 21 Disember  - Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu telah mengadakan Collaborative Teaching secara bersemuka iaitu program "Smart Financial Planning Shape The Future" bekerjasama dengan pemain industri - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Dewan Hasan Said (DHS), UiTM Kampus Kota Bharu pada 18 Disember.

Sesi perkongsian ilmu disampaikan oleh Encik Fadzlee Alwi, Pegawai Penasihat Persaraan KWSP Kota Bharu, serta dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian, Dr. Khairu Amin Ismail. Sebagai Pengarah program, Dr. Hjh Siti Maziah Ab Rahman merangkap Penasihat Program turut menjayakan program ini bersama beberapa pensyarah-pensyarah yang terlibat.

Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada mahasiswa, khususnya pengambil subjek Pengurusan Kewangan Peribadi dan Persaraan, tentang teknik pengurusan aliran tunai, kepentingan simpanan awal KWSP, pemupukan akaun persaraan, pemahaman risiko kewangan serta jaminan masa depan. Melalui sesi interaktif ini, peserta berpeluang memahami secara mendalam konsep persaraan serta strategi praktikal daripada pakar industri.

Program ini disertai oleh 147 orang mahasiswa dari kelas D2BA2722B, D2BA2793A, dan D2B2793B. Penganjuran program ini adalah dibiayai oleh pihak KWSP dan diharap program ini dapat memperkayakan pengetahuan mahasiswa dengan kemahiran pengurusan kewangan holistik, pemikiran strategik serta kesedaran terhadap kestabilan ekonomi peribadi, selaras dengan inisiatif Collaborative Teaching.

Penyedia Laporan:
Saudari Nur Mirza Hanani Mohd Nazri
Timbalan Pengarah Program
Smart Financial Planning Shape The Future
UiTM Cawangan Kelantan