REIACt Day Research Poster War

MACHANG, 25 October - Research Poster War telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Kampus Kota Bharu di Terminal Blok A UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang. Menurut pengarah projek program ini, Cik Nur Ain Abdul Malek, program ini bertujuan untuk menggalakkan penyebaran ilmu di kalangan ahli akademik dan para pelajar pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori staf dan kategori pelajar pascasiswazah. Sebanyak 13 penyertaan telah diterima dan dinilai oleh para juri. Dengan pemarkahan penilaian 80% dari juri lantikan dan 20% dari juri awam, pertandingan ini menyaksikan persaingan sengit dari semua peserta yang bersemangat berkongsi projek penyelidikan masing-masing. Hadiah yang dipertandingkan adalah berbentuk dalam wang tunai. Semoga program sebegini terus dapat diadakan pada masa akan datang bagi menggalakkan penyebaran ilmu yang berterusan. 

Berikut pemenang-pemenang bagi kategori yang terlibat: 

Kategori Staf

Tempat Pertama: Dr. Nurhidayah binti Rosely, Siti Rosnita Sakarji, Dr. Ayu Kamareena Abdullah Thani (Fakulti Pengurusan dan Perniagaan)

Tempat Kedua: Siti Nurul Fitriah Mohamad, Profesor Dr. Roslan Hasni (Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik)

Tempat Ketiga: Idari Ismail, Profesor Madya Dr. Jayanti Arasan, Dr. Mohd Shafie Mustafa, Dr. Muhammad Azlam Mohd Safari (Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik)

 Kategori Pelajar Pascasiswazah

Tempat Pertama:Nur Hanisah Abdul Malek - (Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik)

Tempat Kedua: Nur Kamaliah Azis - Fakulti Perakaunan

Tempat Ketiga: Nur Farhah Baharuddin - Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga menjadi penyuntik semangat untuk terus cemerlang di masa akan datang.

Penyedia Laporan:
Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki
Koordinator
Unit Research Management & Innovation (URMI)