Program “Eat.Pray.Love 2023”

KOTA BHARU, 5 September - Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) dengan kerjasama Rumah Ronald McDonald, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian telah menganjurkan program Eat.Pray.Love 2023 pada 24 Julai 2023. Penganjuran program ini adalah inisiatif untuk meraikan pesakit kanak-kanak dan keluarga mereka yang umumnya daripada golongan B40 dan sedang menjalani rawatan di HUSM. Seramai 16 ibu bapa dan 9 pesakit kanak-kanak diraikan dalam pelbagai aktiviti antaranya ialah majlis sambutan hari lahir, aktiviti bersama staf McDonald Kubang Kerian dan program bicara santai. Program ini telah diserikan dengan kehadiran Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTMCK. Program ini dapat membentuk sifat manusiawi dalam diri individu dengan menyantuni insan yang kurang bernasib baik. Selain itu, ia berupaya menzahirkan sifat syukur dalam diri penyumbang terhadap insan yang diuji dengan pelbagai ujian. Akhir sekali, kita dapat menginsafi realiti kehidupan bahawa kesihatan yang baik adalah kekayaan hidup yang sebenar.
 
 
Penyedia Laporan:
Puan Wan Nuur Fazliza Wan Zakaria
Pensyarah Kanan
Akademi Pengajian Bahasa