JAWATAN KOSONG: Iklan Jawatan Kosong (Jawatan Staf Akademik)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan seperti berikut :

  1. Iklan Jawatan Kosong UiTMCK
  2. Borang Permohonan Jawatan Pensyarah

JAWATAN AKADEMIK

  1. Profesor - VK7
  2. Profesor Madya - DM53
  3. Pensyarah Kanan - DM51
  4. Pensyarah - DM45

BIDANG

 

 PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1.    Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

  • Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
  • Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
  • Sijil SPM/ MCE, HSC/ STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (Ph.D) (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/ separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Prestasi Tahunan 

       * Sila kemukakan DOKUMEN melalui link seperti berikut: https://forms.gle/GSnd7EnwVk6UYA9n6

2.      Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/ Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

3.      Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

4.      Borang/ dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.

5.      Hanya pemohon–pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

6.      Pemohon–pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

7.      Pemohon–pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam/ Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.

PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan di https://kelantan.uitm.edu.my

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 JULAI 2022 (ISNIN)

3. Sila kemukakan salinan permohonan (PDF) melalui link seperti berikuthttps://forms.gle/GSnd7EnwVk6UYA9n6