JAWATAN KOSONG : Iklan Jawatan Kosong Akademik ( Pensyarah ) - Nov 2020

Bersama-sama ini disertakan iklan jawatan kosong di UiTM Cawangan Kelantan bagi November 2020 ( iklan Jawatan Kosong Akademik )

Iklan ini disiarkan bermula pada 30 November 2020 dan tarikh tutup adalah pada 13 Disember 2020.

  1. Iklan Jawatan Kosong UiTMCK- November 2020
  2. Borang Permohonan Jawatan Pensyarah

 

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
  1. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan salinan dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
    1. Kad Pengenalan Pemohon
    2. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
    3. Salinan Sijil Kelahiran Ibu Bapa
    4. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
    5. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
    6. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    7. Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
    8. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
  1. Nama jawatan/ bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul permohonan.
  2. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/ Pensyarah Kanan/ Profesor Madya/ Profesor:-
    1. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana
    2. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
  1. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
  2. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
  3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak Universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  4. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Kelantan

 

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati di laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan http://www.kelantan.uitm.edu.my  Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 DISEMBER 2020 

Sila kemukakan permohonan kepada :

Timbalan Pendaftar
Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan
Bukit Ilmu 18500 Machang KELANTAN DARUL NAIM
Tel : 09-976 2017 / 2068