Penyerahan Semula Wang Saham dan Caruman Bulanan KKUiTMCKB Allahyarhamha Puan Raja Norazila

MACHANG, 22 September - Mewakili pihak Koperasi Kakitangan UiTM Cawangan Kelantan Bhd, En. Imran Mohamed @ Ismail telah menyampaikan serahan semula wang saham dan caruman bulanan keahlian koperasi Puan Raja Norazila melalui anaknya, Nur Alya Sarah bt Abd Hamid. Turut disertakan, wang sumbangan ihsan sebanyak RM200.00 daripada KKUiTMCKB.

Puan Raja Norazila Raja Mohd Yusof telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 September yang lalu di Hospital Kuala Krai. Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Koperasi (ALK).

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Penyedia Laporan:
Encik Imran Mohamed@Ismail
Penolong Pendaftar Kanan (Unit Penilaian Akademik & Penerbitan)