Aktiviti Greenation & Tanggungjawab Sosial di Bukit Keluang Besut, Terengganu

MACHANG, 28 Jun - Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah mengadakan aktiviti "Greenation" & Tanggungjawab Sosial di Bukit Keluang Besut, Terengganu pada 23 Jun 2022. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti greenation (Bumi Hijau) di luar kampus dan tanggungjawab sosial staf dan mahasiswa di kawasan rekreasi Bukit Keluang. Ia juga bertujuan mendidik dan memupuk rasa tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar ciptaan Allah Yang Maha Esa. 

Di samping memberi peringatan mesra kepada pengunjung tentang pentingnya menjaga keindahan alam sekitar khususnya di kawasan rekreasi Bukit Keluang,  aktiviti ini juga melibatkan kerja-kerja menampal pelekat bertulis 'MENJAGA ALAM SEKITAR ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA DAN AMANAH DARI ALLAH YANG MAHA ESA'. Aktiviti ini melibatkan seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada 18 staf dan 15 mahasiswa.