Program Agihan Makanan Berbungkus Persatuan Alumni UiTM Cawangan Kelantan (PAUK) dan Pusat Jaringan Industri dan Alumni (PJIA) kepada Pelajar UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 12 September – UiTM Cawangan Kelantan melalui Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA) dengan kerjasama Persatuan Alumni UiTM Cawangan Kelantan (PAUK) telah melaksanakan program khidmat masyarakat melalui Program Agihan Makanan Berbungkus kepada para pelajar yang berada di kampus Machang. Penyerahan makanan berbungkus ini telah dapat dimanfaatkan kepada 204 orang pelajar daripada pelbagai program.

 

Semenjak bermula sesi pembelajaran atas talian sepenuhnya ‘Open & Distance Learning’ (ODL) oleh UiTM, terdapat sejumlah pelajar yang membuat keputusan untuk berada di kampus dan mengikuti sesi pembelajaran di dalam kampus. Hampir keseluruhan daripada para pelajar tersebut adalah daripada keluarga kumpulan B40, yang terkesan sejak berlakunya Pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 lalu. Maka disebabkan itu, para pelajar membuat keputusan untuk berada di kampus.

Atas dasar keprihatinan terhadap para pelajar yang berada di kolej kediaman dan mengalami kesukaran untuk mendapatkan makanan dan berjauhan daripada keluarga, Persatuan Alumni UiTM Kelantan (PAUK) dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni UiTM Cawangan Kelantan telah membuat agihan makanan tengahari.  Sumbangan ini telah diserahkan kepada Ketua Staf Residen Kolej, Encik Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad oleh wakil Dr. Yusri Huzaimi Mohd Jusoh (Biro Ekonomi PAUK), Koordinator ICAN UiTMCK, Dr. Hatinah Abu Bakar dan wakil Jawatankuasa Alumni Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Encik Adib Mohd Hasan.  Program ini juga dilaksanakan untuk memupuk kerjasama dan merapatkan hubungan antara ahli PAUK dan warga UiTM dalam penganjuran sesuatu program.

UiTMCK menzahirkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas keprihatinan Persatuan Alumni UiTM Cawangan Kelantan dalam mendepani isu melibatkan kebajikan para pelajar. Semoga sumbangan ini dapat memberikan keceriaan kepada para pelajar yang berjauhan daripada keluarga dan dapat merasai juadah istimewa ini bersama rakan-rakan lain. 

 

 #PJIA

#PJIAICANUiTMCK

#PejabatAlumniNetworkCentre

#ICANPrihatin2021

#PAUK #ALUMNI

#uitmdihatiku

#UiTMCawanganKelantan