Program Serahan Komputer Riba (Fasa 3) kepada Pelajar UiTM Cawangan Kelantan dari Keluarga B40 oleh PJIA UiTMCK, Fakulti dan Persatuan Alumni UiTM Kelantan (PAUK)

MACHANG, 12 September – UiTM Cawangan Kelantan melalui Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA) dengan kerjasama Persatuan Alumni UiTM Kelantan (PAUK) meneruskan lagi usaha menyantuni pelajar B40 yang terpilih dari pelbagai fakulti di UiTM Cawangan Kelantan sebagai penerima sumbangan Fasa 3. Usaha ini dilakukan bagi memastikan para pelajar B40 UiTMCK tidak terpinggir dalam menjalani pembelajaran secara ‘Open & Distance Learning’ (ODL) akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh negara pada masa ini. 

Penyerahan Fasa 3 merupakan kesinambungan daripada fasa-fasa terdahulu. Secara khususnya, penyerahan Fasa 3 melibatkan yang melibatkan penyerahan kepada lima (5) orang pelajar di daerah Machang, Gua Musang, Kelantan dan juga di Gemuruh dan Kuala Terengganu, Terengganu. Para pelajar dari pelbagai program di UiTM Cawangan Kelantan dan melibatkan pelajar daripada pelbagai kursus di Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu. Kutipan sumbangan yang telah berlangsung bermula April 2021 masih dijalankan dan akan terus berlangsung sehingga Disember 2021.  Sehingga kini, jumlah sumbangan terkumpul adalah sebanyak RM38,115.78.00 dan berjaya disumbangkan kepada 32 orang pelajar.

Penyerahan ini telah berjaya dilakukan dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard yang ketat dan mengambil kira keperluan pelajar B40 yang amat mendesak untuk menghadapi sesi pembelajaran secara atas talian pada semester akan datang (Oktober 2021). Para penerima bantuan ini menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penderma dan berazam akan menggunakannya sebaik mungkin sepanjang pembelajaran mereka.

UiTMCK amat menghargai dan berterima kasih kepada para penyumbang atas inisiatif ini. Semoga bantuan ini dapat membantu meringankan beban para pelajar kumpulan B40 ini di samping dapat memberi semangat kepada para pelajar dalam menghadapi pembelajaran di era ini. UiTMCK akan terus berusaha membantu dan membuat kutipan sumbangan Fasa 4 pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan. Untuk itu, sumbangan daripada orang ramai amat dialu-alukan bagi menjayakan penyerahan Fasa 4 kelak.

Sumbangan tunai boleh disalurkan melalui Bank Islam UiTM Cawangan Kelantan ke akaun 03045010004053 Kumpulan Wang Amanah UiTM Kelantan (Rujukan: Laptop).

Maklumat pindahan tunai boleh dimasukkan ke pautan berikut untuk penyediaan surat penghargaan dan penyediaan resit rasmi pengecualian cukai: https://forms.gle/x48kixrTLvJALzQe7

 

 

#PJIA

#PJIAICANUiTMCK

#PejabatAlumniNetworkCentre

#ICANPrihatin2021

#PAUK #ALUMNI

#uitmdihatiku

#UiTMCawanganKelantan