Bengkel Penerbitan Jurnal Bersama Ketua Editor Journal of Applied Mathematics and Computational Intelligence (AMCI)

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI BENGKEL PENERBITAN JURNAL BERSAMA KETUA EDITOR JOURNAL OF APPLIED MATHEMATICS AND COMPUTATIONAL INTELLIGENCE (AMCI)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA) dan Jabatan Matematik, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Kelantan akan mengadakan “Bengkel Penerbitan Jurnal Bersama Ketua Editor Journal of Applied Mathematics and Computational Intelligence (AMCI)” secara atas talian bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para penulis khasnya dalam menerbitkan kertas kajian mereka dalam AMCI berindeks MyCite. Bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 6 September 2021 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi -1.00 tengahari
Platform : Cisco Webex (http://bit.do/Bengkel-Penerbitan-Jurnal-AMCI)

Masa Butiran:
8.30 pagi – 9.00 pagi : Pendaftaran masuk (Cisco Webex)
9.00 pagi – 9.05 pagi : Bacaan doa oleh En Faiz Suhaimin
9.05 pagi – 9.15 pagi : Ucapan aluan oleh KPP FSKM - Dr. Zuriani Ahmad Zulkarnain
9.15 pagi – 9.50 pagi: Ucapan Perasmian oleh Timbalan Rektor PJIA - Dr. Syerina Azlin Md Nasir
10.00 pagi– 12.30 tengah hari: Sesi Taklimat oleh Ketua Editor AMCI - PM Ts. Dr. Ahmad Kadri Junoh
• Asas-asas penulisan, tips-tips penulisan.
• Merangka Penulisan Saintifik: Penyediaan Abstrak, Pengenalan & Kaedah Penyampaian, Keputusan: Teks, Jadual dan Rajah,
• Penulisan: Perbincangan dan Kesimpulan Menyediakan Rujukan.
12.30 tengah hari – 1.00 tengah hari: Sesi soal jawab
1.00 tengah hari: Tamat

Sehubungan dengan itu, pihak PJIA & FSKM, UiTMCK ingin menjemput YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan untuk menghadiri program tersebut.

Semoga program yang akan dijalankan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua.

B/p: Jawatankuasa “Bengkel Penerbitan Bersama Ketua Editor Journal of Applied Mathematics and Computational Intelligence (AMCI)”

PJIA & FSKM, UiTM Cawangan Kelantan