Inspirasi Qaseh Aidiladha 1442H

MACHANG, 27 Julai – Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan dan YaPEIM Kelantan telah berjaya menganjurkan Program Inspirasi Qaseh Aidiladha 2021 pada 22 Julai yang lalu. Program anjuran bersama Bahagian Pentadbiran, Unit Komunikasi Korporat, Unit Hal Ehwal Islam dan Staf Residen Kolej serta YaPEIM Kelantan itu merupakan program kerjasama sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.


Sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan hasil daripada sumbangan YaPEIM Kelantan kepada UiTM Cawangan Kelantan dan telah diniatkan kepada 14 orang staf UiTMCK bergred 11. Daging korban tersebut telah diagihkan kepada staf UiTMCK dan juga pekerja kontrak. Sebahagian daging juga telah dimasak dan disumbangkan kepada 250 orang pelajar yang berada di kolej kediaman. Program ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima terutama staf dan juga para pelajar yang terjejas akibat daripada penularan pandemik COVID-19.