Program Guest Lecture Series 1 for ICT 2021

KOLABORASI ANTARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN KELANTAN, MALAYSIA & UNIVERSITAS KOMPUTER INDONESIA, INDONESIA

MACHANG, 8 Jun – Satu program Guest Lecture Series for ICT 2021 (Series 1) telah berjaya dijalankan secara maya dan disertai oleh 577 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah serta pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Kelantan serta pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Komputer, Universitas Komputer Indonesia. Program ini merupakan program berkonsep dua hala di mana wakil pensyarah bagi setiap universiti akan berkongsi bidang kepakaran masing-masing melalui Guest Lecture Series for ICT 2021 yang akan dijalankan secara berkala sebanyak empat siri.

Program Guest Lecture Series 1 for ICT 2021 untuk siri pertama ini telah berlangsung selama dua jam. Untuk sesi kali ini, perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Lia Warlina, pensyarah daripada Universitas Komputer Indonesia dengan topik ICT in Agriculture manakala Dr. Noorihan Abdul Rahman, pensyarah dari Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan dengan topik ICT in Virtual Interaction.

Perkongsian ilmu ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pensyarah dan pelajar di dalam perkembangan sains dan teknologi ICT serta meningkatkan lagi penglibatan Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan UiTM Cawangan Kelantan secara amnya daripada pelbagai aspek di peringkat antarabangsa.