JAWATAN KOSONG: Iklan Jawatan Kosong Pentadbiran (Pembantu Kemahiran)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera  (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan.

  1. Iklan Jawatan Kosong UiTMCK
  2. Borang Permohonan Jawatan Pembantu Kemahiran (H19)

 PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1.    Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

  • Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
  • Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
  • Sijil SPM/ MCE, HSC/ STPM atau setaraf
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/ separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan di https://kelantan.uitm.edu.my/index.php

2. Sila kemukakan salinan permohonan (PDF) melalui link seperti berikut: https://forms.gle/EX13BXZC6xZ74gPa8

3.Hanya calon-calon yang layak akan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

5. Pemohon-pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam/ Swasta tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan akhir telah diperakukan oleh SENAT.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA: 16 NOVEMBER 2022 (RABU).

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Puan Nur Liyana Mohamed Ziadi (Bahagian Pentadbiran) di talian 09-9762068(whatsapp business)