Program 'Self Healing' Melalui Terapi Jiwa: Bedah Buku 2.0 “Tahan dan Tenang, Nanti Akan Datang Senang”

Program 'Self Healing' Melalui Terapi Jiwa: Bedah Buku 2.0 “Tahan dan Tenang, Nanti Akan Datang Senang”

KOTA BHARU, 3 Jun – Unit Kaunseling, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu telah menganjurkan Program Self Healing Melalui Terapi Jiwa: Bedah Buku 2.0 “Tahan dan Tenang, Nanti Akan Datang Senang” di Dewan Latihan, UiTM Kampus Kota Bharu.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi dalam kalangan peserta. Selain sesi bedah buku, peserta turut didedahkan dengan pelbagai pengisian berkaitan kaunseling seperti teknik pernafasan (breathing techniques), pengurusan stres, amalan penjagaan diri serta strategi daya tindak yang sihat dalam menghadapi cabaran kehidupan dan akademik.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat serta impak positif kepada peserta dalam aspek pengurusan emosi, kesejahteraan mental dan pembangunan diri, seterusnya melahirkan individu yang lebih berdaya tahan, tenang dan seimbang dalam menjalani kehidupan seharian.

Penyedia Laporan:
Puan Che Azlina Che Pa
Timbalan Pegawai Psikologi
UiTM Kampus Kota Bharu