MACHANG, 17 Mei – Jabatan Matematik, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, telah mengadakan program Collaborative Teaching CGCT Mat 652 (Algebraic Structure): Algebraic Structure In Action: Probability, Graphs And Programming. Objektif program ini adalah untuk memperkasa pelajar dalam penguasaan matematik moden serta membina bakat penyelidikan dalam bidang matematik tulen. Selain itu, program ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep, kaedah analisis serta aplikasi struktur algebra, teori graf dan kebarangkalian dalam konteks matematik tulen bagi memperkukuh prestasi akademik.
Melalui program ini juga pelajar dapat meningkatkan kefahaman dalam mengaplikasikan algoritma dan pengaturcaraan sebagai alat sokongan dalam penyelesaian masalah matematik dan penerokaan idea penyelidikan. Selain itu, pelajar juga terdedah mengenai peluang dan hala tuju penyelidikan dalam matematik moden, termasuk penghasilan idea awal bagi projek tahun akhir atau di peringkat lebih tinggi (Master/PhD).
Program ini melibatkan seramai 31 pelajar Semester 5 CS 249 (Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik). Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir tepat pada jam 12.30 tengah hari. Program ini menampilkan Profesor Madya Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali, Pensyarah Kanan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai penceramah jemputan utama yang menyampaikan keseluruhan pengisian program termasuk sesi soal jawab berfokus.
Penglibatan pakar ini memberi nilai tambah yang signifikan, khususnya dalam membimbing pelajar Semester 5 CS249, UiTM Cawangan Kelantan dalam penyediaan cadangan Projek Tahun Akhir (FYP), di samping meningkatkan tahap kesiapsiagaan akademik, pemikiran kritikal serta kecenderungan pelajar ke arah penyelidikan dan pengajian lanjutan.
Penyedia Laporan:
Dr. Siti Nurul Fitriah Mohamad
Pensyarah Kanan
Fakulti Sains Komputer & Matematik

