Penglibatan Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UiTM Cawangan Kelantan dalam Program Singgah Sahur@Kota Lama

Penglibatan Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UiTM Cawangan Kelantan dalam Program Singgah Sahur@Kota Lama

KOTA BHARU, 15 Mac - Program Singgah Sahur@Kota Lama telah diadakan pada 28 Februari 2026. Program Singgah Sahur@Kota Lama merupakan program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama dengan kerjasama Persatuan Belia Kota Bharu.

Program ini turut dijayakan oleh Pemuda GEMA Kelantan serta mahasiswa dari beberapa institusi di Kelantan. Seramai 5 orang ahli Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dari UiTM Cawangan Kelantan bersama seorang penasihat telah terlibat secara aktif dalam program ini sebagai sukarelawan.

Menurut YB Dr. Hafidzah Haji Mustakim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menghargai jasa pengorbanan oleh anggota bomba dan penyelamat dalam usaha menjaga keselamatan dan juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan apabila semua rakyat sedang tidur.

Selain itu, program ini diadakan untuk melatih dan menimbulkan rasa empati serta keprihatinan pemimpin belia. Antara jabatan keselamatan yang terlibat ialah Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim serta Balai Polis Kota Bharu. Pengagihan makanan turut diadakan untuk semua anggota yang bertugas.

Melalui penyertaan ini, ahli kelab GPS memperoleh impak positif dari segi pembangunan sahsiah serta kesedaran sosial. Penyertaan ini juga meningkatkan nilai empati dan keprihatinan terhadap pengorbanan barisan hadapan yang bertugas pada waktu malam sepanjang Ramadan, di samping memberi pendedahan kepada mereka tentang kepentingan khidmat komuniti.

Selain itu, ahli kelab turut mengasah kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan serta mengukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak luar, sekali gus meningkatkan imej dan kredibiliti kelab dalam aktiviti kemasyarakatan.

Secara keseluruhannya, Program Singgah Sahur@Kota Lama telah mencapai objektifnya dalam menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang bertugas sepanjang malam Ramadan. Penglibatan aktif ahli Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UiTM Cawangan Kelantan bukan sahaja memberi sumbangan bermakna kepada komuniti, malah berjaya membentuk sahsiah, nilai empati dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa.

Program ini turut mengukuhkan hubungan kerjasama antara institusi pendidikan dan komuniti setempat, sekali gus memperkasakan peranan mahasiswa sebagai agen perubahan yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat. 

Penyedia Laporan:
Saudari Nur Athirah Amanina Zulkifli
Timbalan Presiden
Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS)
UiTM Cawangan Kelantan