KOK LANAS, 2 Februari – Pada 10 Januari 2026, satu program pembangunan pelajar bertemakan “EXPLORE • LEARN • GROW” telah diadakan di Kolej Matrikulasi Kelantan. Program ini dianjurkan oleh mahasiswa Fakulti Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang, di bawah penyeliaan Puan Noor Azreen Alimin selaku Penasihat Program, dan dijayakan oleh 25 orang AJK mahasiswa Fakulti Sains Maklumat. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pembelajaran serta pengalaman bermakna kepada para peserta.
Program ini dilaksanakan dengan kolaborasi Kolej Matrikulasi Kelantan, CelcomDigi Berhad, Klinik Primer Cherang, serta kerjasama Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK), CHEF Ustazah dan PICRUST. Program ini menekankan pembangunan kemahiran, kreativiti dan potensi diri pelajar melalui pelbagai pengisian yang interaktif dan berimpak tinggi.
Antara pengisian utama program ialah sesi IM Talk: Pengenalan dan Perkongsian, bengkel Empowering Minds Through Canva oleh Ts. Inv. Mohd Zafian Mohd Zawawi, serta aktiviti Brainwave Activities yang merangkumi Word Whiz dan Speak Through Design, yang menekankan aspek pemikiran kritis, kreativiti serta kemahiran komunikasi. Program ini turut menampilkan ceramah kesihatan mental bertajuk “Bila Penat Itu Bukan Biasa” yang disampaikan oleh Dr. Siti Nur Hamidah Ramli, Pegawai Perubatan, Klinik Primer Cherang Kok Lanas, bagi meningkatkan kesedaran tentang isu burnout dalam kalangan pelajar. Selain itu, program ini turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk peserta.
Para peserta juga menerima pelbagai manfaat termasuk hadiah menarik, e-sijil penyertaan, serta SIM kad prepaid percuma dengan pelan panggilan tanpa had dan Internet 40GB untuk tempoh 30 hari yang ditaja oleh CelcomDigi Berhad.
Dengan terlaksananya program ini, diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh, di samping membuka peluang kepada pembangunan potensi diri secara holistik. Program ini juga selaras dengan aspirasi UiTM dalam melahirkan graduan yang seimbang dari segi akademik, kemahiran insaniah dan kesedaran sosial.
Penyedia Laporan:
Saudari Nur Arissa Nadira Nasarruddin
Setiausaha I
'Outreach Program: Explore, Learn, Grow'
Saudari Nuralyaa Husna Ezanee
Setiausaha II
'Outreach Program: Explore, Learn, Grow'

