MACHANG, 28 Oktober - Dunia Warisan Si Manja merupakan program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Huseein Onn dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr. Mahathir. Program ini diadakan pada 27 Oktober 2025 bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di HRD (A), UiTM Cawangan Kelantan.
Terdapat 70 orang peserta yang menyertai program tersebut yang terdiri daripada pelajar Pasti al-Iman dan Tabika KEMAS Sri Cempaka UiTM yang berumur 4 hingga 6 tahun. Dunia Warisan Si Manja ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan permainan tradisional serta memupuk minat yang mendalam terhadap permainan tradisional kepada generasi baharu agar warisan tersebut dapat diwarisi.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi dan kerjasama dalam kalangan kanak-kanak melalui penglibatan aktif dalam permainan tradisional yang melibatkan interaksi berkumpulan dan semangat kesukanan. Akhir sekali, untuk menggalakkan gaya hidup aktif yang bukan sahaja menyihatkan tubuh badan tetapi juga menguatkan ketahanan minda serta membentuk kesejahteraan hidup generasi muda.
Penyedia Laporan:
Saudari Mizuka A/P Janneysan
Pengarah Program
Dunia Warisan Si Manja

