SHAH ALAM, 21 Disember – Akademi Pengajian Bahasa (APB) dengan kerjasama Kelab Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menghantar tujuh penyertaan pelajar UiTMCK ke pertandingan bahasa moden bertaraf antarabangsa iaitu Modern Language Olympiad 3.0 2025 (MLO 3.0) pada peringkat pertama secara atas talian.
Seramai tiga orang peserta UiTMCK telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir yang diadakan secara bersemuka di UiTM Shah Alam. Program ini bertujuan mengetengahkan penguasaan bahasa yang disertai oleh pelajar daripada pelbagai institusi dalam dan luar negara.
Terdapat empat pertandingan yang dipertandingkan:
i) Orator Champion (Pengucapan Awam) – Kategori Individu
ii) Poetry Recital (Puisi) – Kategori Individu
iii) Voices of Legacy (Nyanyian) – Kategori Individu
iv) Radio Drama (Drama Radio) – Kategori Berkumpulan
Antara kategori pertandingan yang telah berjaya ke peringkat akhir ialah Voices of Legacy (Bahasa Inggeris & Bahasa Arab) dan juga Poetry Recital (Bahasa Melayu).
Keputusan pertandingan peringkat akhir adalah seperti berikut:
i) Hafizatul Aleeya Abdul Rahman - tempat ke-3 (Voices of Legacy – Bahasa Arab)
ii) Ian Nur Imn Abdul Rahman – tempat ke-4 (Voices of Legacy – Bahasa Inggeris)
iii) Nur Auni Asfarina Junaidi – tempat ke-4 (Poetry Recital – Bahasa Melayu)
Penyedia Laporan:
Puan Raja Nur Hidayah Raja Yacob
Pensyarah
Akademi Pengajian Bahasa

