OEM Awesome Showcase 2025

OEM Awesome Showcase 2025

KOTA BHARU, 21 Disember - Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menganjurkan program OEM Awesome Showcase 2025 pada 15 Disember 2025 bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.

Program ini bertujuan untuk mewujudkan peluang perniagaan dalam industri OEM kepada usahawan baharu dan pelajar yang mengambil subjek keusahawanan. Selain itu program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pembangunan produk, inovasi industri dan seterusnya membuka peluang perniagaan dalam ekosistem OEM masa kini.

Kelab Keusahawanan UiTM Kampus Kota Bharu telah menghantar 20 orang mahasiswa untuk menyertai program ini bagi memberi sambutan dan kerjasama terhadap anjuran program yang diselia oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Melalui program ini, mahasiswa dapat merasai dan berjumpa secara bersemuka dengan usahawan OEM terkenal seperti Chef Ustazah, Dr. Rahimie & Dr. Safwan dari Primer Cherang.

Penyedia Laporan:
Saudara Muhammad Arif Tahir
Timbalan Presiden
Kelab Keusahawanan