MACHANG, 18 Disember - Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara bersama UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan program Wacana Bakat Mahasiswa 2025 yang bertajuk AI Dalam Penghasilan Karya Kreatif: Memacu Atau Mengurangkan Kreativiti. Wacana ini telah diadakan di Dewan Profesional, UiTM Cawangan Kelantan pada 9 Disember 2025. Program ini juga mendapat kerjasama dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Majlis Perwakilan Pelajar dan ADBrain Society UiTM Cawangan Kelantan.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Rektor UiTM Cawangan Kelantan. Moderator yang mengendalikan wacana ini ialah Dr. Sarman Muhamad dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka dan panel terdiri daripada Prof. Madya Dr. Saiful Akram Che Cob@Ab Ghafar dari UiTM Kampus Puncak Alam, Dr. Hushinaidi Abdul Hamid dari Universiti Utara Malaysia dan Dr. Muhammad Salehuddin Zakaria dari UiTM Cawangan Perak. Penerangan, kupasan dan panduan oleh panel tentang tajuk yang dibincangkan ini menjadikan pelajar lebih memahami konsep sebenar penggunaan AI dalam menyiapkan setiap tugasan dan juga penghasilan karya kreatif.
Selain itu, matlamat utama penganjuran wacana ini adalah untuk memperkasa pemahaman mahasiswa terhadap perkembangan seni visual tanah air serta memupuk kesedaran terhadap potensi bakat dan sumbangan mereka terhadap landskap kesenian negara.
Penyedia Laporan:
Dr. Mohd Adzman Omar
Pensyarah Kanan
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

