Eksplorasi Canva: Kreativiti di Hujung Jari

Eksplorasi Canva: Kreativiti di Hujung Jari

PENGKALAN CHEPA, 18 Disember - Bengkel penggunaan aplikasi Canva telah diadakan bersama pelajar Maahad Tahfiz Tok Guru, Pengkalan Chepa dengan tujuan memberi pendedahan tentang kemahiran reka bentuk grafik digital yang kreatif dan mudah diaplikasikan. Bengkel ini telah dianjurkan oleh para pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan (Kepujian) UiTM Cawangan Kelantan.

Canva merupakan satu platform reka bentuk dalam talian yang membolehkan pengguna menghasilkan pelbagai bahan visual seperti poster, slaid pembentangan, infografik, kad jemputan, dan banyak lagi. Melalui bengkel ini, para pelajar didedahkan dengan asas penggunaan Canva, kaedah mengakses pelbagai templat sedia ada, serta cara mengubah suai reka bentuk mengikut kreativiti masing-masing.

Penganjuran sesi ini juga bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar dalam bidang teknologi kreatif, selain memberi nilai tambah kepada kemahiran mereka dalam penyediaan bahan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum.

Penyedia Laporan:
Encik Nik Mohd Faris Nik Min
Penasihat Program
Eksplorasi Canva: Kreativiti di Hujung Jari