MACHANG, 30 Oktober – Modul UTAMA UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) bagi pelajar semester 1 dan 2 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 24 dan 25 Oktober 2025. Modul ini dianjurkan di bawah kelolaan Unit Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Kelantan. Seramai 1,850 orang mahasiswa semester 1 dan 2 telah menyertai program berkenaan.
Modul UTAMA merupakan modul wajib yang perlu dihadiri oleh semua pelajar UiTM semester 1 hingga 3 bermula ambilan 20244. Program ini bertujuan untuk memantapkan aspek pemikiran, emosi, semangat, aspirasi dan tingkah laku yang membentuk jati diri mahasiswa UiTM secara holistik berteraskan falsafah USAHA, TAKWA dan MULIA.
Pelaksanaan modul ini menjadi asas penting dalam pembentukan sahsiah diri mahasiswa agar mereka mampu mengenali potensi diri serta menerapkan nilai-nilai murni sebagai mahasiswa UiTM yang sejati. Secara keseluruhannya, Modul UTAMA bukan sahaja memberi ilmu dan pendedahan berguna, malah turut meninggalkan impak positif dalam membentuk mahasiswa UiTM yang berjati diri tinggi, bersemangat memperjuangkan nasib diri dan keluarga, serta berperanan aktif dalam memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.
Selain itu, Modul UTAMA turut berperanan dalam melahirkan mahasiswa UiTM yang berdaya saing, matang dan berwibawa dalam mendepani cabaran kehidupan di sebuah negara demokrasi berparlimen yang berbilang kaum seperti Malaysia.
Penyedia Laporan:
Puan Siti Haslini Zakaria
Penolong Koordinator
Unit Kepimpinan Pelajar (UKP)

