Perpindahan Pelajar Semester 1 UiTM Cawangan Kelantan ke Asrama Manzil Jawhari

Perpindahan Pelajar Semester 1 UiTM Cawangan Kelantan ke Asrama Manzil Jawhari

KOTA BHARU, 30 Oktober – Pelajar semester 1 UiTM Cawangan Kelantan telah berpindah dari UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang ke Asrama Manzil Jawhari, Kota Bharu pada 6 Oktober 2025. Ketibaan mereka pada jam 9.00 pagi dengan menaiki sebuah bas bagi pelajar lelaki dan tiga buah bas bagi pelajar perempuan disambut meriah oleh pihak pengurusan UiTM Kampus Kota Bharu bersama wakil Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Pendaftaran bilik pelajar telah diuruskan oleh pihak PKINK. Dalam sesi pendaftaran tersebut, PKINK turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada para pelajar. Setiap pelajar lelaki menerima sejadah, kain sarung, kain cadar, sarung bantal dan tuala, manakala pelajar perempuan menerima sejadah, telekung solat, kain cadar, sarung bantal dan tuala.

Asrama Manzil Jawhari diperuntukkan khusus untuk pelajar semester 1 (lepasan STPM, matrikulasi dan diploma selain daripada UiTM). Kemudahan asas yang disediakan kepada setiap pelajar termasuk katil, meja dan kerusi belajar, almari pakaian, tilam serta bantal. Sehingga kini, jumlah penghuni Asrama Manzil Jawhari adalah seramai 39 orang pelajar lelaki dan 105 orang pelajar perempuan.

Penyedia Laporan:
Puan Johannis Ahmad Sohaimi
Pegawai Eksekutif Kanan
UiTM Kampus Kota Bharu