KOTA BHARU, 30 Oktober – Program Pengaktifan Kad MySiswa RHB telah dilaksanakan bagi tujuan pengaktifan kad pelajar serta akaun bank RHB bagi pelajar UiTM pada 15 Oktober 2025. Program ini berlangsung di Dewan Latihan UiTM Kampus Kota Bharu dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Program melibatkan seramai 220 orang pelajar semester 1 dan 2 dari Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP), UiTM Kampus Kota Bharu. Bagi memastikan kelancaran proses, enam (6) orang pegawai daripada Bank RHB turut hadir, disertai lima (5) orang staf daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang membantu sepanjang program berlangsung.
Penyedia Laporan:
Cik Che Surmaiza Yaacob
Pegawai Eksekutif Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Kampus Kota Bharu

