'Meet and Greet' Pelajar Baharu bersama Pengurusan UiTM Kampus Kota Bharu

'Meet and Greet' Pelajar Baharu bersama Pengurusan UiTM Kampus Kota Bharu

KOTA BHARU, 29 Oktober - Program Meet & Greet Pelajar Baharu bersama Pengurusan UiTM Kampus Kota Bharu telah diadakan pada 13 Oktober 2025 bertempat di Dewan DHS, UiTM Kampus Kota Bharu. Program merupakan anjuran Unit Pentadbiran Am Hal Ehwal Pelajar UiTM Kampus Kota Bharu.

Program ini diadakan pada setiap kemasukan pelajar ke semester baharu. Seramai 80 orang pelajar baharu bagi semester Oktober 2025 - Februari 2026 telah menghadiri program ini. Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan telah berbesar hati merasmikan program ini. Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan barisan pengurusan di setiap unit yang terdapat di UiTM Kampus Kota Bharu di samping memberi penerangan kepada pelajar mengenai fungsi-fungsi dan peranan unit masing-masing.

Melalui program ini, pelajar dapat memahami proses pengurusan hal ehwal akademik dan kokurikulum dengan lebih berkesan. Selain itu, taklimat khas turut disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan oleh pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) berkaitan Celik Madani. Penglibatan agensi luar ini memberikan pendedahan tambahan kepada pelajar dalam aspek keselamatan, kewangan dan pembangunan sahsiah.

Penyedia Laporan:
Cik Che Surmaiza Yaacob
Pegawai Eksekutif Kanan 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Kampus Kota Bharu