KOTA BHARU, 27 Oktober - Satu perjumpaan Penolong Rektor (Kampus Kota Bharu) bersama Majlis Tertinggi (MT) & Penasihat Kelab dan Persatuan Pelajar UiTM Kampus Kota Bharu telah diadakan pada 27 Oktober 2025 (Isnin), jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Dewan DHS, UiTM Kampus Kota Bharu.
Turut hadir ialah Encik Imran Mohamed@Ismail, Timbalan Pendaftar dan Encik Husariman Hassan, Timbalan Bendahari UiTM Kampus Kota Bharu. Program merupakan anjuran Unit Pentadbiran Am, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Kampus Kota Bharu yang bertemakan "Pemimpin Berdaya, Kelab Terbilang". UiTM Kampus Kota Bharu mempunyai sebanyak lima (5) persatuan akademik dan 12 kelab bukan akademik. Program ini dihadiri oleh seramai 61 orang Majlis Tertinggi (MT) dan seramai 20 orang penasihat kelab dan persatuan.
Antara objektif utama perjumpaan ini adalah untuk membincangkan hala tuju dan perancangan aktiviti kelab selaras dengan visi dan misi institusi. Seterusnya bagi menilai pencapaian dan cabaran kelab pelajar dalam pelaksanaan program, pembahagian dan kelulusan bajet. Pelaksanaan program ini juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara penasihat kelab, Majlis Tertinggi (MT) kelab dan persatuan dengan pihak pengurusan bagi memperkukuhkan kerjasama dua hala.
Penyedia Laporan:
Cik Che Surmaiza Yaacob
Pegawai Eksekutif Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Kampus Kota Bharu

