'Podcast' Adiwangsa: Bukan Sekadar Sejarah, Siri 1: Menyulam Inspirasi Kepimpinan Pasca Merdeka

'Podcast' Adiwangsa: Bukan Sekadar Sejarah, Siri 1: Menyulam Inspirasi Kepimpinan Pasca Merdeka

MACHANG, 27 Oktober - Podcast Adiwangsa: Bukan Sekadar Sejarah telah memulakan siri sulungnya dengan episod bertajuk “Menyulam Inspirasi Kepimpinan Pasca Merdeka” yang menampilkan Dr. Muslim Ismail@Ahmad sebagai moderator dan Profesor Dr. Amer Shakir Zainol sebagai panel jemputan pada 22 Oktober 2025.

Sesi perbincangan ini menelusuri definisi, warisan serta nilai kepimpinan Melayu dalam konteks pasca kemerdekaan, termasuk relevansi falsafah “Pemimpin Payung kepada Rakyat” dalam era moden yang sarat dengan cabaran globalisasi dan kemajuan teknologi. Turut disentuh ialah peranan generasi muda dalam meneruskan legasi kepimpinan bangsa berteraskan nilai amanah, adab dan kebijaksanaan.

'Podcast' ini merupakan inisiatif Adiwangsa UiTM Cawangan Kelantan sebagai platform ilmu yang memperkasa wacana kepimpinan Melayu-Islam-Raja (MIR) serta memperkukuh jati diri warga universiti melalui medium yang segar dan inklusif.

Penyedia Laporan:
Puan Nur Haziqah Muhamad Zaki
Setiausaha
Jawatankuasa Pelaksana Adiwangsa
UiTM Cawangan Kelantan