MACHANG, 12 Jun – Program ‘Kelate Makeython’ telah berjaya dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn (JPK THO) dengan kerjasama Team Baju Koyak yang bertempat di Kompleks Sukan B, UiTM Cawangan Kelantan. Program ini diadakan pada jam 8:00 pagi hingga 11:30 pagi. Seramai 355 orang peserta terdiri daripada mahasiswa UiTMCK Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu serta staf UiTMCK telah menyertai program ini.
Kelate Makeython ialah larian santai unik yang menyajikan pelbagai makanan tradisi Kelantan. Ia bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan ceria, malah meningkatkan Happiness Index peserta. Program ini turut memartabatkan serta mempromosikan makanan warisan Kelantan dalam kalangan mahasiswa.
Program ini telah mendapat sokongan padu dengan kehadiran Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTMCK. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad, Ketua Staf Residen Kolej diiringi Puan Nur Edura Na’ain dan Encik Muhammad Faiz Iskandah, Staf Residen Kolej Tun Hussein Onn
Seterusnya, pelbagai tajaan dan bentuk sumbangan daripada beberapa agensi luar turut menyumbang kepada kejayaan program ini. Antara yang terlibat ialah Team Baju Koyak, Majlis Sukan Negeri Kelantan, WDR Printing, dan Kxpress Print. Sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh semua penaja amat dihargai dan telah memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.
Program ini mendapat sambutan hangat daripada peserta. Maklum balas menunjukkan program ini unik dan sukar didapati dalam acara lain. Peserta berharap ianya diteruskan kerana bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi pengalaman bermakna serta mengeratkan hubungan sesama peserta.
Penyedia Laporan:
Saudari Nur Zulaila Zakaria
Pengarah Program
KelateMakeython