Program Jejak Nurani

Machang, 05 Disember – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tunku Abdul Rahman telah mengadakan program Jejak Nurani di Medan Ilmu, UiTM Cawangan Kelantan yang diadakan bersempena  Festival Kolej ke-16 (FESKO-16).  Program ini di hadiri oleh mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan dan warga luar seramai 4,000 orang dan program ini berlangsung pada 8:00 malam sehingga 11:00 malam.

Matlamat program ini adalah untuk memberi pencerahan dan pengetahuan dalam agama Islam kepada khalayak ramai.  Program ini juga diadakan bagi memanfaatkan malam Jumaat dengan aktiviti Rohani yang penuh keberkataan seperti nasyid dan ceramah.  Selain itu, bagi memupuk kesedaran orang ramai mengenai kepentingan ilmu agama.

Program ini dihadiri Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar iaitu Meer Zhar Farouk Amir Razli, Ketua Staf Residen Kolej iaitu Encik Wan Mohd Firdaus Wan Muhammad, barisan Staf Residen Kolej Tunku Abdul Rahman iaitu Dr. Ustaz Mohd Miqdad Aswad  Ahmad, Ustaz Mohd Khairuddin Md Sul Haimi, dan Dr. Mohd Khusyairie  Marzuki. Seterusnya Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 23/24 Saudara Firdaus Hakimi Shurkawi, Presiden Jawatankuasa Tertinggi Kediaman Adam Mansor, Presiden Kolej Tunku Rahman Nurul Auni Kamaruddin.  Program Jejak Nurani ini telah mengundang penceramah khas dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).  Program ini juga dilengkapi dengan nyanyian nasyid dari pelajar SRITI Tahfiz Al Khalifah Machang.

Semua mahasiswa menyambut baik dengan memberi kerjasama dan perhatian sepenuhnya sepanjang program berlangsung.  Semua VIP yang dijemput ke program Jejak Nurani ini memberi maklum balas yang baik dan amat menyukai dengan tajuk yang disampaikan oleh penceramah tersebut.   

 Penyedia Laporan:

Nur Syazwani Binti Mohd Rabi

Pengarah Program Jejak Nurani