Pertandingan Inovasi, International 3-Minute Business Idea Pitching & Innovation Competition (3 MPIC) 2025

Pertandingan Inovasi, International 3-Minute Business Idea Pitching & Innovation Competition (3 MPIC) 2025

MACHANG, 12 November - Sebuah pertandingan inovasi, International 3-Minute Business Idea Pitching & Innovation Competition (3 MPIC) 2025 telah berlangsung dengan jayanya dari 1 April hingga 14 Oktober 2025. Acara untuk kali keempat (4) ini adalah bawah anjuran Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Kelantan dan kolaborasi bersama Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA) dan Universitas Muhammadiyah Aceh (UNM AW), Indonesia. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memupuk budaya inovasi dan kreatif dalam kalangan pelajar dan pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dan luar negara bagi mengiktiraf pelajar yang mempunyai idea, rekaan, serta ciptaan terbaru.

Upacara perasmian dan pengumuman pemenang telah berlangsung pada 14 Oktober 2025 melalui saluran YouTube rasmi UiTM Cawangan Kelantan yang telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Rektor UiTM Cawangan Kelantan. Sebanyak 267 kumpulan telah dipertandingkan, dengan merangkumi kategori idea dan produk. Sebanyak sebelas (11) institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia dan luar negara yang terlibat menyertai pertandingan ini. Pemenang bagi pertandingan ini akan mendapat medal dan sijil pemenang yang terdiri daripada berlian, emas, perak, gangsa, video terbaik dan penyampai terbaik bagi kategori idea dan produk. Peluang penerbitan bagi Extended Abstract bagi peserta terpilih juga akan diterbitkan.

Dengan adanya pertandingan ini, ia akan dapat meningkatkan imej akademik dan penyelidikan inovasi UiTM Cawangan Kelantan dengan menjana produk inovasi yang berkualiti, berimpak tinggi serta memupuk budaya kreatif dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Melalui kolaborasi antara UNISSULA dan UNM AW, diharapkan inisiatif ini dapat berlanjutan dan memberikan manfaat yang lebih besar kepada masyarakat dan industri.

Penyedia Laporan:
Puan Nur Haslina Ramli
Chairperson
3 MPIC 2025