Infostructur Unit

HEAD

Senior IT Officer
ZAHROL AZAM AHMAD
(+60)99762170 • Work

About Unit

Unit  Infostruktur merupakan salah satu unit utama yang bertanggungjawab untuk menguruskan kemudahan ICT di kampus Machang. Pada awalnya ianya bernaung di bawah Bahagian Pentadbiran,tetapi mulai Jun 2009 unit ini ditempatkan di bawah kelolaan Bahagian Hal Ehwal Akademik.  Sebelum ianya dikenali sebagai Unit Sistem Maklumat (USMT) .  Mulai tahun 2014, unit ini dikenali sebagi Unit Teknologi Maklumat (UTM) dan berada di bawah pengurusan Pejabat Rektor.  Sejajar dengan perubahan di Shah Alam, di mana perubahan nama kepada Pejabat Infotech turut juga berlaku, di mana ianya dikenali pada tahun 2014.
 
Kemudian pada tahun 2018, sekali lagi berlakunya penstrukturan di kampus Induk, di mana ianya ditukar kepada Unit Infostruktur. Berikut adalah fungsi yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan Pejabat Pembangunan Infostruktur dan Infrastruktur (PPII) Shah Alam. Ianya selaras untuk semua kampus cawangan.
OBJECTIVES

Unit Infostruktur, komited untuk membantu mempertingkatkan kualiti Perkhidmatan IT bagi menghasilkan kampus yang memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan selaras dengan visi UiTM untuk menjadi Universiti bertaraf dunia melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang dipertingkatkan keberkesanannya serta nilai-nilai murni dan etika profesional.

PERKHIDMATAN KAMI

Emel UiTM

UiTM menggunakan e-mel Google sebagai e-mel rasmi. Setiap staf UiTM diberikan satu akaun e-mel. Satu akaun e-mel juga diperuntukkan kepada setiap PTJ. Jika perlu kemudahan e-mel tambahan, sila gunakan e-mel Office 365. Sila hubungi kami sekiranya memerlukan bantuan melalui url units.uitm.edu.my