Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu

HEAD

AHMAD MUDZFIR ZUBIR
(+60) • Work

About Unit

IMPAK adalah singkatan dari Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu UiTM. Institut ini ditubuhkan pada 6 November 2008 melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UiTM Bil.12/2008 dan diletakkan di bawah Penolong Naib Canselor InkQa. Pada 10 Jun 2010, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UiTM telah meluluskan struktur pengurusan baru IMPAK.

Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 32/2021 pada 06 Oktober 2021 telah membuat keputusan untuk memindahkan lnstitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dari Pejabat Naib Canselor ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2021. kini IMPAK berada di Bahagian Hal Ehwal Pelajar di bawah seliaan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM.
OBJECTIVES
  1. Merancang dan melaksanakan Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB) mengikut dasar yang ditetapkan.
  2. Merancang dan melaksanakan program-program profesional bagi pelajar mengikut dasar yang telah ditetapkan.
  3. Merancang, melaksana dan menyelaras program-program pembangunan pelajar mengikut dasar pembangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dari masa ke semasa.