HOME: BAHAGIAN Bahagian Perpustakaan (PTA)

Perpustakaan (PTA)

E-mail Print PDF
User Rating: / 10
PoorBest 
Share

Ketua Bahagian
Timbalan Ketua Pustakawan (S48)


Wan Mahezan Wan Othman
Tel       : 09-976 2288
Emel   :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

PENGENALAN

Pengurusan Perpustakaan Tengku Anis diketuai oleh Puan Wan Mahezan Hj. Wan Othman selaku Timbalan Ketua Pustakawan. Mempunyai pendidikan  Bsc. Information Management daripada Fakulti Pengurusan Maklumat , UiTM Shah Alam. Beliau telah memegang jawatan Timbalan Ketua Pustakawan sejak tahun 2005 dan telah berkhidmat dengan UiTM  selama 25 tahun. Sepanjang beliau  mengetuai  pengurusan Perpustakaan Tengku Anis , pelbagai kejayaan dan pengiktirafan telah diraih oleh PTA. Seorang ketua jabatan yang tegas tetapi dalam masa yang sama  mempunyai semangat yang tinggi serta komited dalam usaha memacu kecemerlangan Perpustakaan Tengku Anis (PTA). Aktif dalam penglibatan KIK dan merupakan Fasilitator Kumpulan KIK Perpustakaan Tengku Anis- PARADIGMA.

Perpustakaan Tengku Anis mempelawa semua warga UiTM Cawangan Kelantan untuk mendapatkan Kelas Kemahiran Maklumat secara  PERCUMA . Modul yang diajar di dalam Kelas Kemahiran Maklumat ialah
  • Modul  Kemahiran OPAC
  • Modul  Pencarian Bahan Melalui Pangkalan Data Atas Talian
  • Modul Pencarian Bahan Koleksi Digital
  • Modul Membuat “ Citation “
Sila muat turun Borang Permohonan Kelas Kemahiran Maklumat .  Rebut Peluang Keemasan ini ! Hubungi Puan Nordelina- Pustakawan UPM (09-9762328 ) untuk keterangan lanjut. : ---end