Program Sepanjang Bulan Ramadan 1443H

MACHANG, 27 April - Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan mengambil peluang menyemarakkan suasana Ramadan kali ini dengan kehadiran mahasiswa di dalam kampus melalui pengisian program sepanjang bulan ramadan. Antara aktiviti dan program yang telah berjaya diadakan bagi mengeratkan silaturahim warga kampus seperti Program Tadarus Al-Quran setiap bahagian, unit, fakulti dan kolej kediaman serta sesi agihan kurma kepada warga kampus bagi menghidupkan suasana bulan ramadan kepada warga kampus.