Pelancaran Program Hari Keluarga 2022 UiTM Cawangan Kelantan

TANAH MERAH, 10 Mac – Bahagian Pentadbiran dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat dan Unit Sukan hari ini telah melancarkan Program Hari Keluarga UiTM 2022 peringkat UiTM Cawangan Kelantan. Majlis yang diadakan di Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Kanan Universiti, Ketua-ketua Pusat Pengajian, serta wakil setiap unit dan bahagian.

Dalam majlis itu juga, Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Kelantan telah melancarkan Sistem Semakan Ahli Rumah Sukan atas talian iaitu www.kelantan.uitm.edu.my/ems/semakan dan menyerahkan bendera kepada ketua rumah masing–masing iaitu:
 1. Rumah Biru : Dr. Azmahani Yaacob @ Othman
2. Rumah Hijau : Ts. Emilia Abdull Manan
3. Rumah Kuning : Dr. Noor Marini Abdullah
4. Rumah Ungu : Puan Nur Shaliza Sapiai
5. Rumah Merah : Dr. Zuriani Ahmad Zukarnain
6. Rumah Hitam : Dr. Affendi Ismail
7. Rumah Oren : Dr. Muhammad Saiful Anuar Yusoff
8. Rumah Kelabu : Prof. Madya Dr. Zuhal Hussein
 
Bersempena dengan Program Hari Keluarga UiTM 2022 yang dirancang diadakan pada Jun nanti, pelbagai aktiviti sukan lain akan berlangsung terlebih dahulu seperti futsal, badminton, petanque, bowling, paintball, dart dan juga karom. Semua acara ini akan dipertandingkan menggunakan format Rumah Sukan dan mata terkumpul akan dijumlahkan bagi dinobatkan sebagai Rumah Sukan Terbaik.
 
Penyertaan melalui konsep rentas jabatan dan fakulti di dalam setiap rumah sukan diharapkan dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan warga kampus, sekaligus meningkatkan sinergi dan semangat kebersamaan dalam menjayakan semua aktiviti universiti di masa hadapan.
 
Selain itu, pihak penganjur juga berharap agar Hari Keluarga UiTM 2022 kali ini akan lebih meriah dengan penyertaan semua staf bersama ahli keluarga masing–masing.