Garis Panduan Peminjaman dan Pemulangan Jubah

1. Graduan dikehendaki mengisi Borang Peminjaman Jubah Graduan UiTM Cawangan Kelantan.

2. Borang hendaklah dihantar selewat-lewatnya TIGA (3) hari bekerja sebelum tarikh temujanji peminjaman jubah menerusi emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

3. Caj peminjaman jubah graduan adalah seperti pecahan berikut:

    • Sewa Jubah – RM25.00

    • Denda selepas tempoh 24 jam peminjaman – RM2.00 (sehari)

4. Waktu serahan jubah graduan secara temujanji seperti berikut:

    • Ahad – Rabu (8.00 pagi – 4.30 petang) 

    • Khamis (8.00 pagi – 3.00 petang)

5. Graduan perlu menyerahkan skrol di Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Kelantan sebagai cagaran bagi peminjaman jubah.

6. Graduan boleh membuat pembayaran di pautan https://myfinancial.uitm.edu.my setelah menerima maklumbalas kelulusan peminjaman melalui e-mel. Pembayaran boleh dibuat menerusi nombor akaun 03045010051282 (Bank Islam). Graduan perlu menyatakan nombor pelajar dan sewa jubah di ruangan bayaran.

7. Graduan perlu kemukakan borang yang telah diluluskan beserta resit bayaran semasa mengambil jubah kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Kelantan.

8. Pemulangan jubah hendaklah dilakukan tidak lebih daripada tempoh 1 (satu) hari dari tarikh serahan.

9. Peminjaman jubah oleh wakil atau pihak ketiga adalah TIDAK DIBENARKAN.

10. Semua graduan hendaklah memastikan jubah yang disewa berkeadaan baik.

11. Pemulangan skrol kepada graduan akan dikembalikan selepas penerimaan jubah dalam keadaan sempurna.