Sukarelawan Pasca Banjir 3.0 UiTMCK Hari Ke-2 dan Ke-3

RANTAU PANJANG, 8 Mac - Misi hari ke-2 dan ke-3 sukarelawan pasca banjir 3.0 diteruskan lagi di SK Kubang Kuau yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan, yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. 

Misi ini diketuai oleh En. Meer Zhar Farouk Amir Razli dan En. Hishamudin Mohamad Twontawi dengan kekuatan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada staf dan mahasiswa. 

Turut hadir, Ts. Dr. Khalid Abdul Wahid, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan dan Dr. Siti Haliza Asat, Pensyarah Kanan merangkap Pengerusi NGO Ac Care yang berkesempatan meninjau dan mengagihkan bantuan berupa bakul makanan kepada penduduk setempat. Bakul makanan tersebut merupakan hasil sumbangan pihak Ac Care dan warga UiTM Cawangan Kelantan. Usaha mengenal pasti mangsa dan pengagihan sumbangan turut mendapat sokongan dan dibantu oleh En. Ruziha Mamat, Penghulu Mukim Bakat.

#Sukarelawan3.2_3.3
#KeluargaUiTM
#UiTMCawanganKelantan