Bengkel Penerbitan Jurnal MATEMATIKA (MJIAM) Siri 1

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI BENGKEL PENERBITAN JURNAL MATEMATIKA (MJIAM) SIRI 1

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA) dan Jabatan Matematik, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Kelantan akan mengadakan “Bengkel Penerbitan Jurnal MATEMATIKA (MJIAM) Siri 1” secara atas talian bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para penulis khasnya dalam menerbitkan kertas kajian mereka dalam MATEMATIKA berindeks WOS dan MyCite. Bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 04 Oktober 2021 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi -12.00 tengah hari
Platform: Cisco Webex (http://bit.do/bengkel-penerbitan-matematika)

Masa Butiran
9.30 pg – 10.00 pg : Pendaftaran masuk (Cisco Webex)
10.00 pg – 10.05 pg : Bacaan doa oleh En Faiez Suhaimin
10.05 pg – 10.15 pg : Ucapan aluan oleh KPP FSKM
- Dr. Zuriani Ahmad Zulkarnain
10.15 pg – 10.25 pg : Ucapan Perasmian oleh Timbalan Rektor PJIA, UiTMCK
- Dr. Syerina Azlin Md Nasir
10.25 pg – 11.45 pg : Sesi Taklimat oleh Ketua Editor MATEMATIKA
- Prof. Madya Dr. Arifah Bahar
• Asas-asas penulisan, tips-tips penulisan.
• Merangka Penulisan Saintifik: Penyediaan Abstrak, Pengenalan & Kaedah Penyampaian, Keputusan: Teks, Jadual dan Rajah.
• Penulisan: Perbincangan dan Kesimpulan Menyediakan Rujukan.
11.45 pg – 12.00 tghr : Sesi soal jawab
12.00 tghr : Tamat

Sehubungan dengan itu, pihak PJIA & Jabatan Matematik FSKM, UiTMCK ingin menjemput YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri program tersebut.

Semoga program yang akan dijalankan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

B/p: Jawatankuasa “Bengkel Penerbitan Jurnal METAMATIKA (MJIAM)”
PJIA & Jabatan Matematik FSKM, UiTM Cawangan Kelantan