Home Bahagian Hal Ehwal Akademik
Hal Ehwal Akademik

VISI

Melaksana serta berusaha menghidupsuburkan nilai-nilai  kualiti dalam mengurus aktiviti akademik kea rah pencapaian prestasi akademik yang cemerlang.

MISI

Melaksanakan program-program akademik yang berteraskan sains pengurusan untuk melahir dan membentuk generasi bumiputera yang lebih berilmu,berkemahiran, inovatif, berdayasaing dan menepati keperluan semasa.

OBJEKTIF

  • Menyedia dan menyelaras keperluan serta kemudahan pembelajaran yang mantap untuk pelajar dan pensyarah.
  • Memproses serta menyelia semua urusan berkaitan akademik pelajar di UiTM Kelantan.
  • Mewujudkan suasana yang harmoni, ceria dan mengurus secara professional dalam melaksanakan program dan perkhidmatan yang berkesan berasaskan teknologi terkini bagi mengekalkan kualiti pembelajaran yang berterusan.

STRATEGI

  • Menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif serta layanan yang mesra dan penuh tenggungjawab kepada semua warga UiTM Kelantan.
  • Menyediakan peluang peningkatan ilmu dan asas pembelajaran sebagai program pembangunan diri kepada semua siswa siswi.
  • Berusaha untuk meningkatkan budaya ilmu dan intelek melalui program khidmat masyarakat, bakti siswa, khidmat perundingan dan penyelidikan serta misi akedemik kepada masyarakat dan Negara.
  • Menyediakan kemudahan prasarana dalam melaksanakan tugas, peluang peningkatan kerjaya yang luas dan adil, serta menjaga kebajikan dan pembangunan insane kepada semua kakitangan.

DASAR KUALITI

Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Kelantan komited untuk mengendalikan program Diploma dan Sarjana Muda yang berkualiti demi melahirkan graduan bumiputera professional dan beretika yang global serta sentiasa memenuhi keperluan pelanggan.
Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Kelantan akan melaksanakan sistem pengurusan professional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah universiti bertaraf dunia.

OBJEKTIF KUALITI

  • Memastikan kelulusan pelajar sepenuh masa pada kadar 98%.
  • Mencapai 30% daripada bilangan pelajar sepenuh masa tamat pengajian dengan CGPA sekurang-kurangnya 3.00.
  • Memastikan 75% pelajar sepenuh masa tamat pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 25 penyelidikan yang berdaftar setiap tahun.
  • Mencapai penglibatan staf akademik dalam bidang penulisan atau penerbitan ilmiah pada kadar purata satu per staf akademik setiap tahun.