HOME: Info Korporat UiTMCK

Sejarah UiTM Cawangan Kelantan

E-mail Print PDF
User Rating: / 14
PoorBest 
Share

Sejarah UiTMCK





Universiti Teknologi MARA Kelantan Kampus Machang yang dahulunya dikenali dengan Institut Teknologi MARA, kampus cawangan yang ke 9 telah dirasmikan penubuhannya pada 01 Julai 1985 oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Mohamad bin Yaakob, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu.

Penubuhan UiTM adalah hasil daripada kerjasama erat di antara pihak UiTM dengan Kerajaan Pusat. Hasil daripada kerjasama ini, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan tanah seluas 12 ekar di Kem Kijang yang terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Kota Bharu yang dimiliki oleh Majlis Pengakap Negeri Kelantan.

Kerja-kerja mengubahsuai beberapa bangunan lama dan pembinaan bangunan baru telah dibiayai oleh Kerajaan Pusat dengan menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta.

Kumpulan pertama seramai 185 orang pelajar telah diambil bagi semester Julai – Disember 1985 untuk mengikuti kursus-kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Pengurusan Bank dan Diploma Sains Kesetiausahaan. Pada peringkat awal, bilangan kakitangan adalah seramai 71 orang iaitu 7 orang pensyarah dan 64 orang kakitangan bukan akademik.

Pembinaan kampus tetap telah dimulakan pada 1993. Kerajaan Pusat telah memperuntukkan tanah seluas 200.32 hektar di Bukit Anjing, Machang untuk dijadikan kampus tetap. Nama asal Bukit Anjing telah dimartabatkan menjadi Bukit Ilmu sesuai dengan fungsinya yang menyediakan peluang pembelajaran dalam pelbagai disiplin ilmu untuk Bumiputera. Ianya merupakan ilham dari Allahyarham Dato’ Nik Abd. Rashid Nik Abd. Majid, bekas Pengarah ITM ketika itu.

Perpindahan rasmi ke Kampus Machang bermula pada 01 Januari 1996. UiTM Kelantan yang dahulunya dikenali sebagai ITM telah dinaikkan taraf menjadi Universiti Teknologi MARA atau ringkasnya UiTM pada 26 Ogos 1999. Kini UiTM Kelantan sedang berkembang pesat bagi memenuhi keperluan menjadi Universiti terunggul di negeri Kelantan khususnya.

Pembangunan Kampus



Pembangunan Kampus



Selain dari bangunan dalam Fasa 1 iaitu Bangunan Pentadbiran Blok Kuliah, Kolej Kediaman dan Dewan Serbaguna yang sedang digunakan, beberapa bangunan lain bagi projek Fasa 2, 3, 4 dan 5 sedang disiapkan.

FASA 2 - Blok Kuliah 2, Pusat Islam, Padang Hoki dan Bola Sepak, Gelanggang Tenis, Bola Jaring, Rumah Universiti, Rumah Kakitangan (26 unit)
FASA 3 - Tambahan Blok Akademik / Bilik Pensyarah / Makmal Bahasa / Komputer / Studio / Bilik Kuliah
FASA 4 - Bangunan Perpustakaan
FASA 5 - Bangunan Kolej Kediaman, Surau Pelajar, Dewan Makan, Rumah Pegawai Pembangunan.

Perkembangan pesat UiTM Kelantan dapat dilihat apabila, kini ianya mempunyai seramai 3,274 orang pelajar sepenuh masa dan 221 orang pelajar separuh masa yang mengikuti program dari pelbagai fakulti di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Jumlah ini didokong oleh seramai 136 kakitangan akademik dan 146 kakitangan pentadbiran yang berwibawa dan komited.